🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣
![]() |
hahahahahaha... |
Tak best tengok gambar saja.. so Iolls tunjuk video anak-ii kepada kakak aku jugak
Alaaaa comel kan? dah besar dahh budak 2 ketoi nii
Sekarang ni Che Su tengah tunggu budak tecikk Hafiyya tu petah bercakap jee! Mesti comellll
Ni gambar baru dapat harini tauu. Latest tuuu hehe..



Hi semua! Selamat bertemu lagi!! Rindu uolls hehe
Tadi baru jee pegi Klinik Safwa Melor sebab My Mom demam teruk lahh plakk.. sampai suhu 38 lebih tau awakkkk.. padahal baru lepas mandi dan duk dalam Aircond kereta akuu! Allahu! macam manalahh nak puasa esok tuu.. dah lah tak makan, air pun tak nak minum! sekarang tengah tidur sebab gastrik! (tak makan punya pasal)
haish.. kita plak yang runsing.


Sebenarnya aku tak dekk mood nak tulis blog tapi ni dah masuk bulan 4 punya pasal so kena jugak update by hook or by crook
Sebenarnya nak update kelmarin (31/03/2023) tapi tak sempat! baru je nak update tiba-ii dah pukul 12 pagi dah hukhuk
Seksa woii sekarang. Dah 4 hari takde air kat umah! Mandi dan amik air solat pun dekat rumah Mek (nenek), masjid dengan stesen minyak. Saboo jelaa..


Ok, sebab si Anaqi tak nak kalah dengan si Eyqal dan si Hafiyya, jadi persembahkan si Anaqi (baju biru, Anak sulong abang aku) dengan anak bongsu Che Su, si Aufaaa!! Alaaaa comell huwwaaaaa
Ni masa melawat rumah Mek ni hehe.. Dua ketoi ni beza sebulan je uolls. Aufa muda lagi dari Anaqi tapi fizikal besorr lagi dari si tua Anaqi
Allah je tahu betapa aktifnyaaa si Aufa ni yee walaupun tak reti berjalan lagi, tapi dah reti golek-ii. hahahaha AKTIF SANGAT YE



Hamboiii hamboiii hepinya Eyqal dapat kereta baru! Huntunggnyaa dapat naik Persona baruuu.. hehehe
Sebab kereta Altis Abah tu dah suka sangat buat hal so terpaksalahh beli kereta baru! Senang nak balik kampung apa semua


Alahaiii makin lama makin glow up si cenonet ni! Haritu aku on call dengan dia (si hannan) my bestfriend since Form 5 (2015). Sedar tak sedar sejam aku on call dengan diaa hahahahaha
rindulaa budak ni sorang! Malam tu dia bagitahu dia ada fix dia punya teeth! Dulu dah la lawo dahh, fix teeth pulak dahhh lagi lah lawoooo!
Aku rindu kaulaaaaa... Successful bisnes woman! Harap menjadi laa dengan si 'cikgu' tu muehehehe..Ameen!!



MOVE TO A SHOCKINGGGGG STORYYY!!!
Allah Allah Allah. kepada-Nya kita hidup, kepada-Nya juga kita Kembali.
Masa dapat berita ni, aku tengah duduk di ofis. Aku shaking weiiii dapat mesej ni. Terketar-ketar aku baca! Allahu terkejut!! Aku amik emergency half-day haritu. Kematiannya mudah sangat. Mesti sebab arwah orang yang baik
Mula-ii, arwah hanya demam biasa, sakit perut macam tu je kisahnya, tapi tuptup mati secara tiba-ii. Huhu.. mati waktu tidur. Moga arwah tenang disana bersama-ii orang-ii beriman


Suasana dialam rumah Che Dah (ibu Arwah) sewaktu Arwah Rahman dimandikan dalam bilik..
Sampai sekarag kitorang tak tahu apa sebab arwah mati. Dorang tak nak bedah siasat sebab yelah.. kesian mayat lambat nak tanam. Ni tak bedah siasat pun masa nak mandikan dan tanam mayat, mayat dah pucat kebiruan dah. Hospital tulis sebagai kematian sebab darah tinggi. Arwah ada banyak penyakit sebenarnya dan sebab tubuh dia agak obesiti makinlah banyak penyakit dia. Masa dorang tengah tanamtu, aku masih terkejut lagi tauu

PERGINYA INSAN ISTIMEWA, NAMUN ALLAH GANTIKAN DENGAN CAHAYA MATA SYURGA
![]() |
Alhamdulillah, dekat dengan waktu pemergian arwah, Kak Nik (kakak kepada arwah) selamat melahirkan anak sulung dengan selamat![]() |
Sebenarnya sehari sebelum pemergian arwah, kami keluarga besar (sebelah my mom) sempat berkumpul dekat rumah nenek kami untuk majlis tahlil sempena mengingati arwah Ayoh (Atuk). tapi kami tak expect yang arwah Abdul Rahman akan pergi betul-ii keesokan harinya
Dorang sefamily pun tak datang majlis tahlil ayoh sebab Abdul Rahman tu memang tak sihat.
Itu sahaja kisah aku pada hari ini. Lupa nak bagitahu aku tengah takut+malas nak start keje tempat baru Isnin ni (03/04/2023). huhu.. ye gais! aku dah berhenti keje dekat tempat lama masa 09/03/2023. Nanti esok lusa tulat tubeng aku cerita pasal ni (kalau aku nak lah) hahahaha.. Ok gais! aku sangat mengantuk! Esok posheeeee..
Bye! Selamat menjalani ibadah berpuasa!

Itu sahaja kisah aku pada hari ini. Lupa nak bagitahu aku tengah takut+malas nak start keje tempat baru Isnin ni (03/04/2023). huhu.. ye gais! aku dah berhenti keje dekat tempat lama masa 09/03/2023. Nanti esok lusa tulat tubeng aku cerita pasal ni (kalau aku nak lah) hahahaha.. Ok gais! aku sangat mengantuk! Esok posheeeee..
Bye! Selamat menjalani ibadah berpuasa!

"Life is a journey from Allah to Allah."