Saturday 1 April 2023

End of March 2023

🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣
hahahahahaha...
Tak best tengok gambar saja.. so Iolls tunjuk video anak-ii kepada kakak aku jugak Alaaaa comel kan? dah besar dahh budak 2 ketoi nii Sekarang ni Che Su tengah tunggu budak tecikk Hafiyya tu petah bercakap jee! Mesti comellll Ni gambar baru dapat harini tauu. Latest tuuu hehe..

Hi semua! Selamat bertemu lagi!! Rindu uolls hehe Tadi baru jee pegi Klinik Safwa Melor sebab My Mom demam teruk lahh plakk.. sampai suhu 38 lebih tau awakkkk.. padahal baru lepas mandi dan duk dalam Aircond kereta akuu! Allahu! macam manalahh nak puasa esok tuu.. dah lah tak makan, air pun tak nak minum! sekarang tengah tidur sebab gastrik! (tak makan punya pasal) haish.. kita plak yang runsing.

Sebenarnya aku tak dekk mood nak tulis blog tapi ni dah masuk bulan 4 punya pasal so kena jugak update by hook or by crook Sebenarnya nak update kelmarin (31/03/2023) tapi tak sempat! baru je nak update tiba-ii dah pukul 12 pagi dah hukhuk Seksa woii sekarang. Dah 4 hari takde air kat umah! Mandi dan amik air solat pun dekat rumah Mek (nenek), masjid dengan stesen minyak. Saboo jelaa..

Aish.. tak nak panjang sangat post ni so jom kita story-ii apa yang berlaku bulan 3 baru-ii ni
Ok, sebab si Anaqi tak nak kalah dengan si Eyqal dan si Hafiyya, jadi persembahkan si Anaqi (baju biru, Anak sulong abang aku) dengan anak bongsu Che Su, si Aufaaa!! Alaaaa comell huwwaaaaa Ni masa melawat rumah Mek ni hehe..  Dua ketoi ni beza sebulan je uolls. Aufa muda lagi dari Anaqi tapi fizikal besorr lagi dari si tua Anaqi Allah je tahu betapa aktifnyaaa si Aufa ni yee walaupun tak reti berjalan lagi, tapi dah reti golek-ii. hahahaha AKTIF SANGAT YE
Hamboiii hamboiii hepinya Eyqal dapat kereta baru! Huntunggnyaa dapat naik Persona baruuu.. hehehe Sebab kereta Altis Abah tu dah suka sangat buat hal so terpaksalahh beli kereta baru! Senang nak balik kampung apa semua
Alahaiii makin lama makin glow up si cenonet ni! Haritu aku on call dengan dia (si hannan) my bestfriend since Form 5 (2015). Sedar tak sedar sejam aku on call dengan diaa hahahahaha rindulaa budak ni sorang! Malam tu dia bagitahu dia ada fix dia punya teeth! Dulu dah la lawo dahh, fix teeth pulak dahhh lagi lah lawoooo! Aku rindu kaulaaaaa... Successful bisnes woman! Harap menjadi laa dengan si 'cikgu' tu muehehehe..Ameen!!

MOVE TO A SHOCKINGGGGG STORYYY!!!
Allah Allah Allah. kepada-Nya kita hidup, kepada-Nya juga kita Kembali.
05/03/2023 aku dapat chat ni dari group family besar kami. Aku baca tu aku terus dapat tangkap sape yang dimaksudkan tapi baca punya baca sebab tak cayeeee! Last, kol umi nak dapatkan pengesahan. Ye, memang betul! Sepupu aku Rahman telah meninggal dunia!

Masa dapat berita ni, aku tengah duduk di ofis. Aku shaking weiiii dapat mesej ni. Terketar-ketar aku baca! Allahu terkejut!! Aku amik emergency half-day haritu. Kematiannya mudah sangat. Mesti sebab arwah orang yang baikMula-ii, arwah hanya demam biasa, sakit perut macam tu je kisahnya, tapi tuptup mati secara tiba-ii. Huhu.. mati waktu tidur. Moga arwah tenang disana bersama-ii orang-ii beriman
Suasana dialam rumah Che Dah (ibu Arwah) sewaktu Arwah Rahman dimandikan dalam bilik..
Sampai sekarag kitorang tak tahu apa sebab arwah mati. Dorang tak nak bedah siasat sebab yelah.. kesian mayat lambat nak tanam. Ni tak bedah siasat pun masa nak mandikan dan tanam mayat, mayat dah pucat kebiruan dah. Hospital tulis sebagai kematian sebab darah tinggi. Arwah ada banyak penyakit sebenarnya dan sebab tubuh dia agak obesiti makinlah banyak penyakit dia. Masa dorang tengah tanamtu, aku masih terkejut lagi tauu

PERGINYA INSAN ISTIMEWA, NAMUN ALLAH GANTIKAN DENGAN CAHAYA MATA SYURGA
Alhamdulillah, dekat dengan waktu pemergian arwah, Kak Nik (kakak kepada arwah) selamat melahirkan anak sulung dengan selamat

Sebenarnya sehari sebelum pemergian arwah, kami keluarga besar (sebelah my mom) sempat berkumpul dekat rumah nenek kami untuk majlis tahlil sempena mengingati arwah Ayoh (Atuk). tapi kami tak expect yang arwah Abdul Rahman akan pergi betul-ii keesokan harinyaDorang sefamily pun tak datang majlis tahlil ayoh sebab Abdul Rahman tu memang tak sihat.

Itu sahaja kisah aku pada hari ini. Lupa nak bagitahu aku tengah takut+malas nak start keje tempat baru Isnin ni (03/04/2023). huhu.. ye gais! aku dah berhenti keje dekat tempat lama masa 09/03/2023. Nanti esok lusa tulat tubeng aku cerita pasal ni (kalau aku nak lah) hahahaha.. Ok gais! aku sangat mengantuk! Esok posheeeee..
 
Bye! Selamat menjalani ibadah berpuasa!
"Life is a journey from Allah to Allah."

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ