Hai gais
Harini saja je nak buat satu post untuk spam gambar
Jadi apa yang berlaku pada November aka sem 4 degree? Gambar kat atas tu adalah gambar waktu di Melaka pada 24 November. Saja je nak bawak eykal (anak sedara aku) pegi jalan-jalan. Aku stress sebenarnya ngan shawl aku tu. Buat masalah betul
Hari Jumaat aku sampai rumah kakak aku (Nilai,Negeri Sembilan), Hari Sabtu (24 Nov) kitorang pergi Melaka. Masa hari Jumaat tu, kakak aku dan abang ipar aku keje. Jadi bila aku dan parents aku sampai Nilai, kitorang amik Eykal dari rumah pengasuh and kononnya cuba nak jaga budak tu. End up dengan Eykal asyik nangis XD Serious penat jaga Eykal hahahahahaa. Kitorang kena bawak dia jalan-jalan dengan kereta barulah dia tidur. Dia tak suka minum susu botol. Tu yang lagi susah tu
Eykal dah berumur 9 bulan ye sekarang 





Peristiwa yang kedua ialah.. sambutan Hari jadi budak Siti Sarah Amiri pada 29 Nov (Khamis). Aku gelarkan dia Saerah 😆hahahaha.. entah kenapa aku panggil dia macam tu. Main sebut je 😂 Sambutan ni merupakan sambutan last minute tau tak. Kitorang sebenarnya nak sambut minggu depan sebab kitorang punya assignment berlambak. Masa pagi khamis tu, tiba-tiba Kamarul kol aku. Aku dalam kelas masa tu. Dia bagitau yang dia dah tempah kek dengan Tyhah and akan sambut birthday Saerah lepas kelas. Aku macam kelam kabut lah sebab takde preparation langsung
Aku tanya Kamarul, sape lagi tahu pasal suprise ni, dia cakap dia, aku ngan Tyhah je. Yang lain tak tahu. Ya ampun
Tapi alhamdulillah lah, sambutan berjalan lancar. Nasib ada si Kamarul
tapi disebabkan last minute, jadi yang lain takleh join suprise tu. Dorang nak balik kampung. btw, Thanks Kamarul! Kesian dia kena naik motor pegi Aeon dalam hujan
HB Saerah 





Last peristiwa November ialahh.. Result UPSR 2018
juga pada 29 Nov (Khamis). Jadi aku ada tiga orang sepupu yang amik UPSR 2018. Gambar kat atas bernama Sumayyah ,anak Che Do. Subhanallah hebat budak ni! Dia dapat full A straight guys, 6A
Alhamdulillah! Memang aku sendiri pun dah target dia dapat 6A upsr sebab dia punya result dalam setiap exam selalu terbaik. Dua orang sepupu aku yang lain tak dapat straight A but result dorang pun cool jugak
Ini hanya permulaan ye awak-awak semua. Nanti masuk sekolah menengah, buat habis baik eh
You can do it, guys!
Sorry sebab Kak Su cuma ada gambar Sumayyah je sebab dekat whatsapp grup cuma ada gambar dia je.





Okay. Setakat tu je perisitiwa November 2018 yang aku nak kongsi. Aku sebenarnya busy akhir-akhir ni. Assignmentku tak terhitung
Student kan. Benda tu perkara biasa. Stress jadinya. aiyo. stress - makan coklat. Habistu, nak maintain berat macam mana cik Sarah oi
merunsingkan pulak jadinya
Anyway, sem bagi semua students Unitar KB akan jadik "short-sem." UOLLS!! Short-sem UOLLS 

yang akan menjadikan 9 sem aku kepada 10 sem. Nama je "short-sem." Tapii.. huh
Bertabahlah nak.







"Study hard. Do good and the good life will follow."
No comments:
Post a Comment