Hai chuolls. Harini kita buat last post sebelum final exam
degree sem 4 aku eh. Aku baru je rasa
macam aku baru masuk sem 4 eh tup tup, dah nak exam. Adoi
Tapi sem ni macam
relaks sikit dari segi esaimen apa semua. Mungkin sebab hanya 4 subjek je aku
amik sem ni
Aku akan start final masa 02l12 sampai 10l01.Ada 3 subjek tanpa
gap guysss
Why dorang seksa kita
macam ni. Huhu
Harap ok lah exam nanti. Yang paling aku geruni adalah International
Business. Subjek ni macam tentang isu2
semasa. Aku ni kan jenis tak up-to-date.Macam mana aku nak jawab
Hm. Doakan
aku lah ye.





Back to the topic ye. Semalam (Sabtu) aku dan beberapa sepupu
perempuan aku keluar makan. Kitorang pergi AEON KB
Situ je tempat best pegi outing selepas KBM. Bilalah agaknya Kelantan nak sediakan panggung wayang. Sedih nya rasa
hahahahaha. Dah2.
Sikit je sepupu-ii yang boleh pergi makan boat noodle semalam sebab masalah
transport, kerja apa semua 



Kitorang dah lama tak keluar macam ni sebab masing-ii busy. Budak dua orang yang pakai tudung hitam tu baru lepas habis exam. Yang tepi aku nama Fatin (budak yang kat tangan dia aku taruh sticker love merah tu), budak PT3 tahun ni
Budak Kedahan. hahahaha..Kedahan dia pekat bang hangg
Yang tudung hitam sorang lagi nama Izzati, budak baru lepas habis SPM tahun ni
Dia ni dak-ii pandai ehh. Jangan memain
Dah lah cantik, pandai plak tu. Nak tambah satu lagi.. budak ni rajin ye uolls. Kalau sape2 ada berminat, kasi pm tepi depan belakang eh. hehe. Moga korang dapat result gempak eh. Muah! Harap jati kasi choki-ii satu ehh sebab dah banyak puji tu 





Yang budak tepi Fatin yang pakai tudung dan baju pink tu nama dia Najwa. Budak Form 1 tahun ni di ex-sekolah aku (SMKAM). Budak ni aku dengar-ii jadi budak pemes ye. woahh class kau jah
Cantik memang cantik budak ni. Dulu sebelum masuk sekolah agama tu, aku perasan yang dia tak suka and tak nak pakai tudung labuh bawah dada. yeke Najwa? But kau tgk sekarang..cantik je dia pakai tudung bawah dada sekarang
Kak su tumpang bangga yee 



Sepupu aku sorang lagi yang pakai niqab tu nama dia Nadhirah. Dalam kalangan sepupu perempuan aku, aku rasa dia yang paling wara'. Aku suka jugak tengok dia. Sejuk mata memandang
Dia sekarang ada jadi dropship di instagram. Kalau pada pandangan aku, laku jugak weh dia punya bisnes
Nanti kalau dah kaya mohon belanja makan yee. hehew.
Ehh.. lupa! Moga result STPM gempak segempak gempaknya in shaa Allah. I know you can do it sebab kak su boleh nampak kesungguhan kamoo
But I have to tell you that hidup di universiti tu agak mencabar jugak eh. Tapi relakslah, Nadhirah ni kuat and cekal kan, mesti boleh buat punya, ameen! 





Budak Najah ni meriah orangnya. Orangnya yang berpakaian pink dekat tepi sepupu berniqab aku tu. Aku rasa kalau dia takde
dalam geng kitorang, mesti sunyi for sure! Hahahahaha
Aku tak tahu kenapa
semalam masa keluar makan-makan, dia ni suka menyebabkan orang terseksa bila dengan dia
Mula-mula dia “ter”jatuhkan Nadhirah. Cerita dia macam ni, aku terjatuhkan air
and menyebabkan kitorang kena tukar tempat duduk tepi, jadi Najah pun tarik
kerusi Nadhirah untuk nak susun. Boleh plak Nadhirah pegi duduk tanpa tengok
kerusi dia ada ke tak sebelum duduk. Apa lagi, jatuh lah dia XD Nasib baik takde
yang pandang hahahaha. Berdekah kitorang gelak XD Second plak, masa aku nak
amik roti dekat bakery, Najah ter”tutup” bekas roti2 tu sedangkan aku masih tengah nak
amik roti kat bekas tu. Merah kauu tangan aku. Hahahahaha kenapa perlu ada
penyeksaan wahai Najah? 😝


Aku yang paling tua sebenarnya
hahahahaa. Ok, #donecerita. Aku harap kitorang boleh jumpa ramai-ii pulak dengan semua sepupu aku terutamanya sepupu perempuan. Ramai yang tak ikut sebab dorang di luar negeri Kelantan. Yang dah kerja pun ada. hm.
huhu. Sebelum saya tutup post ni, doa-doakanlah cik Sarah boleh jawab final nanti ye, in shaa Allah ameen! 



"Time passes and we may be apart, but cousins always stay close at heart."
No comments:
Post a Comment