Wednesday 27 February 2019

My first camp in Unitar

 🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ  🐣

Hai everybody! Sangat takde masa nak tulis dekat blog but iolls curi-curi sikit masa. Harap pulis tak cari. Penat sangat-sangat sebab kelas hampir tiap hari minggu lepas. 
14/2 haritu aku join camp for TITANS  3RC iaitu kem untuk 3 buah negeri iaitu Unitar di Kelantan,Johor dan Kedah.
 Diadakan di Johor iaitu di Tanjung Piai Resort. Perkataan “resort” tu mengaburi mata aku hahahahaha..  aku ingat kitorang akan tinggal di chalet and sebuah chalet ada just 4-5 orang students. Apa cik sarah ingat kem tu ayah cik sarah yang punya?  Kitorang tinggal dalam dorm and satu dorm tu ada about 30 orang students kot. Manyak aih. Hahahaha.. Dalam beratus jugak yang join program ni dan wakil kelantan hanya 28 students. Perjalanan Kelantan ke Johor dalam 12 jam macam tu.
Gambar ni ialah waktu hari pertama dekat resort tu. Masa ni aku semua tak pekena dengan waktu pack lagi. Tak kenal lagi apa itu erti tak cukup tidur, sunburn, sun tan, letih dan segalanya. HAHAHA.  Happy nampak waktu tu kan? Kah! Hahahaa gurau2. Sebenarnya belakang kitorang tu boleh nampak Singapore guys! Omg!! Siyes aku tgk sendiri. Yelah, kita tak mampu nak ke sana. Mampu tengok je tu pun dah bersyukur gila. Sobsob~ 
Masa ice breaking malam pertama tu, aku terpisah, terlerai dengan geng kelantan aku. Aku dapat satu group dengan 11 orang dan aku sorang je kelantan Yang lain johor dengan kedah. Aku sorang je. Aku sorang jeee. Dan kalau korang nak tahu, aku rasa aku sorang je yang tua. Yang lain 18-19 tahun (beza 2-3 tahun dengan aku). Apakah? Tapi jangan main-ii wei. Group kitorang dapat nombor 3 daripada 9 group. Muehehe .Jangan look-look down at us eh. Ehek!  btw, Alhamdulillah.
Dalam group ni, korang kena set mind terus yang korang akan alami perkara yang tak sependapat. Kena redha terus kalau idea korang tak diterima  Ego kasi turun sikit. Dengar luahan or pendapat orang lain jugak. Sebab aku dah rasa beb. Tak semua akan dengar or fikir macam kita and to me, it’s all fine sebab aku dah setting fikiran aku untuk itu. I’m ready, aye aye captain! 
Ni dekat Taman Negara Tanjung Piai yang merupakan titik penghujung benua asia.Ramai lagi yang tak ddapat masuk dalam gambar ni. Dekat tempat ni, kita boleh nampak dua negara sekaligus iaitu Singapore dan Indonesia . Boleh tengok video kat bawah. (nampak gitu-ii je but this is so memorable)
3 hari kem tu memang rushing sangat-ii. Maksud aku, nak urus diri untuk tukar baju, mandi, solat semua kena cepat. Aku rasa semua jenis kem macam tu kot. Pentingkan disiplin  Kak mimi (yang pakai baju merah dengan tudung koko kat pic pertama kat atas) merupakan senior aku kat Unitar kelantan. Dia yang suruh kita psycho masa . Contoh, kalau faci-ii bgitau semua untuk rest, mandi dan solat pada pukul 2 dan roll-call pukul 2.30, konfem-ii tandas dan surau akan penuh waktu tu. Jadi aku dan 3 orang kawan kelantan aku akan terus ke meja makan dengan hanya tukar baju sahaja. Kami akan jamak zohor dalam asar. Bila faci kasi rest masa waktu asar, barulah kami semua mandi, solat dan semua. Tak perlu nak berebut-rebut tandas apa semua .
Tidur memang tak cukup bhai. Habis program dalam pukul 1 lebih (pagi), belum lagi nak mandi, solat apa semua. Jadi secara puratanya (ceh), aku hanya tidur dalam 3 jam sahaja dan ini sangat-ii lari dalam kebiasaan aku.Lari pecut plak tu. Bangun pagi nak berzumba, aku barai terus. Hahahaa. Ngantuk. Mandi masa malam tu memang mandi untuk pagi tu terus. Bila aku mandi pukul 1.30 pagi tu, aku pakai baju siap-ii untuk aktiviti pagi esok. Kira bangun pagi, aku just perlu solat subuh sahaja. Malas aih nak berebut tandas pepagi.

Ok aku mengaku aku nak sangat ke kem tu sebab kem tu diadakan di Johor. Johor tu aku rasa berzaman dah aku tak pegi. Lepastu, aku nak sangat rasa kem tu macam mana. Aku pernah join sekali je kem waktu darjah 6. Kem pengawas. Tapi tu lain. Tu tak seaktif kem niKem 3RC ni lain wo! Best gak. Dapat kawan baru dan rutin harian aku memang 360 darjah bertukar. Bak kata ceo Unitar, kalau korang tak berani nak tukar rutin harian korang, then jangan mimpi nak berjaya. Kem ni berbaloi sangat-ii dengan bayaran. Kitorang just bayar RM25 untuk semua. Pengangkutan, makanan dekat kem (3 kali sehari), baju t-shirt TITANS, penginapan and all. Dapat berkayak, main archer dan sebagainya. Thorrbaik! Tapi kami tak boleh ambil gambar masa berkayak apa semua sebab fon kitorang kena simpan oleh faci.

Kalau ada kem macam ni lagi, aku nak join lagi tak? Hehehe..tunggu beberapa minggu lagi aku jawab. Nak lupakan penat tu sat. Ehek! I have got 2 sijil untuk kem ni. Chaiyyok!


"Be brave. Take risks. Nothing can substitute experience."

No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ