Wednesday, 30 January 2019

Lose 9 kg in 20 months (Diet for beginner)


Catatan aku. (aku tak tulis berat badan aku 55kg sebelum aku start diet) 

First, aku dapat tahu yang aku dah gemuk bila aku ke rumah member aku then kitorang capture gambar ramai-ramai. Bila tengok gambar tu, Ya Rabb! Pipi aku kembang wehhh  Lepastu aku suruh umi aku beli penimbang. Untuk pengetahuan korang, masa aku form 5 (2015), berat aku 40kg. Tapi bila timbang masa 2017, berat aku 55kg! Lepastu aku mulalah salahkan penimbang tu but, kenyataan tetap kenyataan herherr~ Aku start gain weight masa cuti panjang lepas SPM tu (2015).

Ok jom sambung! Kalau korang ada niat nak diet, tapi malas nak tengok kalori apa semua (macam aku ), mungkin korang boleh contohi aku ececehh~ hahahaha.. maksud aku, boleh tiru aku. For beginner, kita akan cuba control kita punya gaya hidup/pemakanan 

Fyi, aku  mula nak start diet masa aku asasi (2017) and alhamdulillah aku boleh turun berat sehingga 9kg  Macam mana aku buat?

Mula-mula aku 1. stop minum air manis. Aku ni penggemar Milo ais dari kecik. Family aku semua tahu. Kalau tak milo ais, mesti sunquick hahahah. Masa asasi aku duk hostel. Bila dah duk hostel, memang kalau lepas kelas, pegi makan nasi kedai pak su. Tengok orang lain semua duk order air manis, aku sorang je ais kosong   Wehh! Tertelan air liur aku.. Aku nak miloooo. Hahahaha.. Ok, memang mula2 pedih gais. Tapi bila dah terbiasa, sampai sekarang aku tak minum air manis gais. Pergi kedai konfem ais kosong. Pegi KFC ke MCD ke, aku bawak air masak sendiri then order kat kaunter nak air batu. Tuang air masak aku ke dalam air batu tadi maka jadilah ais kosong. Jeng jeng jeng. Ok apa? Boleh elak kencing manis. Kalori pun kureng. Air buah pun tak oleh sebab ada gula! kecuali kalau korang mintak tanpa gula. Yang terbaik untuk orang diet adalah air lemon or green tea tanpa gula sebab dia boleh detox badan korang



Kedua, kalau zaman dulu suka sangat mengunyah. Bila rasa bosan, mengunyah cereals. Milo cereals laa..honey star lah.2017, aku memang nak ubah tabiat ni. Aku fikir… apalahh aku nak buat supaya aku 2. tak mengunyah apa semua. Jadi aku buat esaimen aku dengan dengar lagu. It works for me. Tapi kalau still rasa nak mengunyah, boleh je makan sikit. Mungkin makan kuaci ke sikit. Tapi better makan buah lah   Bolehlah sebagai permulaan untuk ubah tabiat makan. Kang kalau cut semua terus nanti stress pulak. Mengunyah benda-benda ni jugak boleh reset taste buds (rasa) yang sukakan gula.  Tapi, JANGAN amik semua ni banyak! No! jangan consume banyak! Kalau kuaci, amik yang pek kecik tu satu/dua je sehari. Kalau buah, amik dalam 2-3 buah je sehari then potong kecik-ii  Jaga-ii eh  Semua ni betterlah daripada mengunyah cereals atau kentang. Kalau boleh cut kentang, nuggets tu semua. Boleh mengemukkan gaiss. percayalah! jangan amik 

Ketiga, aku 3. puasa sunat isnin dan khamis. Selain dapat pahala ,korang dapat turunkan berat badan but… make sure niat tu betul. Niat puasa nak dapat redha Allah sambil nak turunkan berat badan. Masa sahur aku minum air masak dan makan kurma je. Makan kurma secara ganjil itu sunnah ye. Buka puasa aku makan nasi berlauk dan nasi tu “separuh” sahaja daripada biasa  Tapi kebanyakkan websites bagitau jangan berlapar sebab korang akan makan banyak bila nak start makan (contoh,masa buka puasa). I mean, nafsu akan berbuak-buak untuk makan banyak bilaa nak makan Ini betul ya! Masa nilah korang kena kawal nafsu korang. Sebelum makan make sure minum air banyak-ii. Tapi kalau pada hari tak puasa atau korang tak nak puasa, mohon makan something "sikit" daripada kebiasaan. Contohnya, kalau dulu makan nasi dengan dua ayam, sekarang cuba makan nasi dengan satu ayam je. Bila dah terbiasa macam tu, next, boleh makan satu ayam dengan nasi separuh pulak. haa cenggitu 

Keempat, aku 4. exercise. Ini untuk ubah tabiat tak sihat aku yang dahulunya TAK SUKA exercise. Mashaa Allah  Jadi untuk permulaan, mungkin boleh ubah daripada tak pernah exercise langsung dalam seminggu dengan exercise 2-3 kali dalam seminggu. Slow-ii ye Tapi benda ni susah nak buat bagi aku masa tu sebab hampir 5 hari stay hostel. Macam mana nak exercise dalam hostel yang tak besar sangat tu? Malu kat housemates nanti. Jadi, aku exercise dekat rumah je. Balik rumah, aku exercise   Maybe korang bleh amalkan jogging ngan kawan2. Ramai aje buat jogging ngan kawan2. Aku ni tak oleh buat benda tu sebab hostel aku kat bandar aiyaa~ Tapi kalau korang exercise but pemakanan main ikut makan je, tak jadi ye sebab aku dengar2, untuk diet yang berkesan, 70% dengan jaga pemakanan dan 30% sahaja daripada exercise. 30% je gaiss untuk exercise. 

Kelima, 5. elakkan makan makanan proses. Maggi ke apa semua takleh sebenarnya. Memang masa diet aku kurang makan maggi.Tapi sejak akhir-akhir ni, mukbang ramen mencabar nafsu aku aduhh hahahahhaa.. Daging burger, meat ball, kentang or nugget pun makanan yang diproses ye kawan2! Cuba elakkan. Kalau rasa nak makan jugak better "kurangkan". Maybe boleh makan sekali sebulan macam tu. Keenam, tolong 6. kurangkan makan coklat/jajan yee.  Kalau dulu satu hari korang makan satu coklat, then, slow2 kurangkan. Contohnya, 2 coklat untuk 4 hari ke. Lama-lama, korang makin kurangkan, seminggu satu coklat ke. You can do it, girls! 

 Ketujuh, aku lupa plak benda paling penting. Aku 7. makan nasi sekali sehari sahaja  Pagi2 aku makan nestum takpun biskut oat sikit . Petang, minum ais kosong sahaja. Kalau tak tahan sangat, makan nasi separuh (segenggam). Malam baru makan nasi. Tu pun nasi separuh gak  hehe. Benda ni kalau boleh amalkan "sentiasa". 

Ps: Aku tak tipu ye. Kalau mengikut aku punya catatan, korang boleh tengok bukti aku turunkan berat badan. Tapi ni bagi aku punya style lah. Aku tak tahu orang lain punya style macam mana. Yang penting, tolonglah bersemangat kental. Make sure ISTIQOMAH yee. Moga korang sukses dalam diet in shaa Allah amiin! 

"I'm not Dieting, I'm changing my Lifestyle."

No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ