Monday 28 September 2020

Mula Praktikal

🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣
27/09/2020
Hai! Sejak minggu lepas lagi aku nak update blog tapi tak sempatHarini pun aku curi masa sikit. Alhamdulillah diberi keizinan untuk tulis postAku nak cerita pasal praktikal aku tapi sebelum tu, muka aku ni dah makin gelap la weh aku rasaAku perasan lepas aku guna sunblock ni. Aku guna yang spf banyak terus sebab aku fikir lagi banyak spf, lagi banyak protection. Orang pakai sunblock untuk elak suntan tapi aku pakai sunblock jadi makin suntan ni kenapa shetaann!!! Mungkin sebab spf aku guna tu banyak sangat lepastu orang kata kena pakai sunblock guna two finger tips lepastu satu lagi mungkin tak kena dengan kulit aku. Jadi kiranya aku silap laaa niiii.. Aduhhh, nak kulit aku balik please!Lepastu aku ada perasan tau, muka aku naik jerawat banyak. Bila aku period hari-ii lepas, makin banyak sebab pakai make up tapi malas cuci muka. Biasanya bila aku solat, aku cuci muka apa semua. Jerawat aku pun jarang nak muncul bawah dagu, tapi tiba-ii dia muncul plak dah.. mungkin berpeluh lambat cuci muka
Aku pakai sunblock ni laa.. Jadi hitam berkilat muka aku lepas pakai, memang kena pakai bedak lepastu
Muka hepi baru masuk praktikal hahahaha lepastu masing-ii senyap sebab banyak kerja
First day kerja makan coklat sebab tak tahu nak buat apa..
Oh ya! Aku dah mula praktikal ahad baru ni (20 September) di Mansashi sdn bhd. Syarikat tu syarikat construction papa kawan aku punya. Aku dapat dalam empat tawaran praktikal tapi at last aku pilih syarikat tu sebab kawan aku pun praktikal situ hahahahahahahAbah aku yang suruh aku pegi situ. Kata abah aku, tak pelah takde elaun pun sebab adik belajar lagi, lagipun kalau nak duit ke apa, abah umi kan ada? mintak je dengan abah umiLepastu, aku tolak semua tawaran. Ada yang aku dapat dekat kawasan  jalan doktor, dapat elaun RM200 rasanya, tapi abah aku tak bagi amik. Syarikat tu syarikat construction jugak dan siap nak suruh aku kerja part time situ terus sambil praktikal. Abah aku takut dekat situ aku kena push buat banyak kerja sebabtu gigih nak cari pekerja.... entah
Ya Allah sedapnyaa! anak comel mana masak ni!!? Untung future husband dia!!
Kelmarin pun aku kerja walaupun Sabtu. Tapi sedihlah sikit sebab tak dapat elaun (kau yang nak kan?). But in positive way, aku nak trylah survive dalam situasi hectic sebab aku kena praktikal mula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang untuk enam hari. Kan nanti masa depan aku nak kerja betul-ii so kena biasakan la benda-ii bizi ni, nak kena pandai manage masa. Tambah lagi lepasni nak ada shuben, anak-ii empat orang HAHAHAHHAHAHAHAH BUDUS.

28/09/2020
Dari second day sampai harini baru siap (sekali dengan double check). Dalam gambar tu tak cukup 5-6 buah fail lagi tewww
Tak sempat nak buat full post kelmarin so aku sambung harini. Masa ni (3.35 pm) aku free sebab dah siap double check semua Purchase Order (PO) projek di Pasir Puteh by referring Invoice so aku sambung tulis post niEh btw dua hari dah aku bawak bekal sendiri, hari Sabtu dan Ahad sebab kawan aku, Sarah, tak masuk ofis jadi aku makan dalam bilik aku sorang-ii hukhuk. Ahad tu aku bawa bekal nasi Ayam Buttermilk buatan aku sendiri hehehehe (nak jugak cerita kan?). Shodapppp!Harini aku half day sebab kena pegi appointment HUSM. Aku baru nak self-reward nak beli air Xing Fu Tang tapi harini hari seninnnn, aku puasaaaLain kali jelah In shaa Allah.

Lupa nak tulis, staff yang ada di ofis aku dalam empat orang tak termasuk budak intern tapi yang lelaki sorang tu jarang duduk di ofis sebab dia selalu pergi kat site projek. Dekat ofis ni je yang tak ramai orang, yang ramainya kerja di site projek. Kata kak Ayu, biasanya budak intern pegi di site tapi aku ni tak. Biasanya yang budak intern yang kos Civil Engineering gitu. Kata kak Ayu, selama dia kerja, tak ada lagi budak praktikal dari kelantan, biasanya luar negeri jadi aku dengan kawan aku ni kira rare ah (erk).

Okay tu jelah nak cerita. Aku nak post pasal Raya Haji 2020 dengan hari aku lepak dengan geng FTJ dan hari aku bercuti di Pulau Perhentian harituu.. Tapi tak sempat so lain kali la ehh kalau diizin Allah

Wish me Luck untuk dua bulan lebih lagi kat sini hehew! BYE

"I'm doing an internship so I'm not getting paid. But the experience of meeting artists and working with record companies is priceless."

No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ