Wednesday 9 September 2020

Sem 9 | Last 'Study' Sem

🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣
Hello hello!! berdekad tak buat post aiyo!

Jadi minggu ni minggu happy aku sebab aku dah dapat result sem 9 which is sem last aku untuk belajar sebab sem depan praktikal sudahh hahahahaaha boleh nampak tak kemalasan aku? Bukan malas, hanya hepi gitu-ii ajerr. Eh kalau UNITAR suruh aku untuk study lagi aku sanggup.  Akulah orang yang terpaling hepi sebab memang aku suka study ni.Kalau nak tahu, selama empat tahun aku tak pernah cukup tidur. Aku tidur selama tiga jam je selalu yang selebihnya aku study. Datang Universiti selalu awal. Sejak subuh lagi aku dah sampai. Pernah tu terpaksa solat subuh dekat Unitar sebab tak sempat solat dekat rumah. U aku dari rumah dalam 40 minit. Lepastu balik pulak malam sebab study lah katakan. Assignment selalu hantar awal. Pernah tu lecturer tak sebut lagi pasal assignment tapi aku dah hantar dah. Rajin kan? Aku tak main laa malas-ii ni. Not Me! Dalam kelas selalu duduk kerusi depan sebab betul-ii nak fokus. Bab bertanya dalam kelas, tak payah nak heran sangatlah kalau aku yang selalu angkat tangan. Kadang-ii sebab nak jawab sangat, aku angkat kaki..chow. hahaha.. Baca boleh, percaya jangan

MAIGADD habis studySem ni lain daripada yang lain sebab belajar melalui video recording, satu benda baru untuk aku dan yang lain. Kitorang belajar melalui "Microsoft Teams" application. Bukan U aku je tau yang belajar online, U lain pun sama sebab COVID-19. Aku tak tahulah orang lain macam mana tapi aku suka study cara ni sebab aku boleh study ikut mood aku hahahaa.. Kalau aku malas, aku bukak je apps tu nak bagitahu yang aku masuk kelas tapi sebenarnya aku tidur(ni rahsia, jangan bagitahu sape-ii!!) lepastu nanti rajin sikit aku bukak jelah recording video tu hoho..sebab lecturer akan record live video study Jadi kalau tak faham pun boleh repeat tengok video tu balik.

Cara study musim ni pun lain sebab kami geng Unitar KB boleh jugak belajar dengan Course Leader dari main campus kelana Jaya jadi kitorang boleh belajar jugak dari 'pemeriksa kertas exam' kami sendiri Satu je benda payah belajar musim pkp ni, assignment! Aku dulu kalau belajar face to face, bila buat esaimen, aku akan direct jumpa lecturer kalau tak faham. Tapi yang ni payah sikit. Satu lagi, nak bincang esaimen dengan kawan-ii pun payah huhu. Tu je kot yang bad side. Dari side yang lain pulak kelas aku jadi sikit dari sem biasa. Kalau dulu, dalam sehari ada dua kelas tapi sem ni, dalam seminggu macam dua hari je ada dua kelas. Then, aku jadi tak habiskan masa drive untuk ke U aku. Imagine perjalanan ke U aku 40 minit lepastu tambah dengan perjalanan balik pulak. Tak tambah lagi dengan perjalanan dari kereta ke bangunan lepastu dari bawah nak naik tangga ke kelas lepastu nak turun tangga lagi HAHAHA. I mean, jimat masa lah sebenarnya

Nak tengok ke result aku sem ni? Jarang aku tunjuk result sebab aku nak tunjuk nanti betul-ii last sem (lepas praktikal), tapi sebab sem ni sem last study aku, okay lah okay lahh aku tunjuk, demi peminat semua
Alhamdulillah

Alaaa janganlah puji lebih-ii malulaaaaa! ERK (mata ke atas). Tak payah nak bangga sangat laa weh sebab exam OPEN BOOK HAHAHAHA XD sebab tu dapat result macam tu XD Serious! ni antara the best thing study musim ni hahahahaa. Kami exam dari 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Boleh open book or open google Jadi sebenarnya aku kecewa dengan diri sendiri because I actually should give more. Dah lah exam open book, masa lama plak tu tapi result macam tu. Sepatutnya kena up sikit lagi. Whatever it is, I'm grateful enough
Ni jadual exam aku haritu

Exam first aku ada dua subjek dalam satu hari. Sumpah aku tak sempat wehhh. Ada dua soalan rasanya aku tak jawab, maigadd tak sempat! Lepastu masa nak hantar answer sheet aku tu, TERKEZUT BERUK BERUANG aku sebab lepas hantar tu, aku cuba check balik dekat laptop aku yang aku hantar tadi tu betul ke file tu. Bila aku bukak file aku, KOSONG gais tak ada tulis jawapan apa-iiAku berdebar tak tahu nak cakap apa sebab masa hantar dah habis and kau boleh hantar sekali je. Aku bagitahu kawan-ii aku lepastu dorang suruh bukak uniec (website Unitar aku) untuk double check yang aku hantar tu betul ke kosong and Alhamdulillah aku hantar yang betul. Aduh kecoh ahhEh, tapi kawan aku sorang lagi overdue masa hantar (terlewat hantar). 

Last exam tu ,Investment Analysis, aku overdue wehhhhPart ni paling aku menyerah. Paling aku sadisssss. Aku terlewat hantar 36 saat macam tu kot erghhhh. Memang sedih weh sebab aku takut depa tak terima. Berminggu aku fikir hal ni sampai rasa tak nak tengok result sebab takut kena repeatAku tanya kawan-ii U aku yang lain, dorang bagitau kalau U dorang hanya kena deduct markah je. Masa tu aku memang pasrah dapat lulus pun takpe sebab aku tak nak repeat. Kalau repeat, tak ada dah open google tu lepastu kalau repeat, payah sikit nak dapat hint exam. Kawan aku lagi teruk, tersilap hantar file subjek lain. Dia hantar jawapan corporate Finance 

Kami berdua hantar whatsapp dengan email kat course leader tu sebab nak bagitahu pasal hal tu tapi TAK JAWAB langsung. Herm. At last, bila tengok result rupanya diterima walaupun lewat or salah hantar. Ya Allah aku bersyukur nak mamfus!! Aku dengan kawan aku tu (Sarah) memang femes untuk hantar lewat jawapan masa exam haritu hahahahaha. 5 minit nak due masa baru hantar jawapanDari awal exam online sampai hari akhir. Kawan-ii aku yang lain semua duk bagitau benda tu lepastu marah-ii ahahhahahaha aiyoo.

Natijahnya, Alhamdulillah untuk result aku sem ni. Sem lepas CGPA aku jatuh sebab GPA aku jatuh sangat sangat sangat sangat huhu. Takpelah, benda lepas sudahSekarang ni nak cari tempat praktikal. Aku dah diterima di satu tempat tapi kita try mintak tempat lain jugak. My family bagitahu kalau nak cari tempat praktikal, cari tempat yang kita nak diserap masuk untuk kerja terus nanti. Pray for me ya!

"Hard work beats talent when talent doesn't work hard."

No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ