Saturday 14 January 2023

Banjir teruk 2022

🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣
Kemuncak banjir teruk haritu...
Hi korang, apa khabar semua! Macam mana tahun baru korang? Ok? Kalau bagi Sarah setakat ni tak cun lagitakpelah.. kita tak nak cerita pasal tu dulu. Takpe ye kalau posting ni panjang sikit sebab penuh dengan gambar

Al-kisahnya masa December 2022 haritu, Kelantan banjir terukk termasuk Pasir Puteh yang jarang sangat banjir teruk. Sarah lupa la start bila banjir tapi masa 18 December 2022 hari Ahad, memang hujan lebat sangat dan dah ada sesetengah kawasan yang dh banjir tapi rumah Sarah (Pak Badol,Melor) dengan tempat kerja Sarah (Jalan Jelor,Pasir Puteh) masih lagi baik dan dapat lalu lagi Sebenarnya nak suruh banjir sebab tak nak pegi keje hahahahaha..

All going well tapi tiba2 waktu rehat, Sarah dengan Kak Yam pegilah naik kereta nak rehat. Masatu Acap dengan AG tak pergi kerja sebab cuti. Jadi di ofis ada 2 orang jelah sekali dengan Sarah. Dekat simpang, kami yang nak pergi rehat ni pelik sebab jem. Lepastu tengok ramai U-Turn. Bila kami dah ke depan, barulah nampak banjir. Patutlah ramai U-Turn! 
Ada tu sampai gelek motor tauu! Adehh. lepastu kami tak jadi jalan terus. Kami U-Turn dan pegi cari makanan kat tempat lain. Last2 beli makanan makan dekat ofis je Hujan memang tak berhenti lepastu atap ofis pun banyak sangat dah bocor. Kami dah start runsing dah taku takleh balik sebab banjir. Tapi kami masih fikir positif lagi, "Ok je kot. Sempat je kot sampai balik." Tuptup umi Sarah WhatsApp suruh balik sebab dekat rumah naik air dan takut takleh balik sebab laluan balik takut ada airBincang dengan Madam (bos) apa semua lepastu dia bagi balik. Kak Yam pun terpaksa balik ikut jalan lain sebab jalan yang biasa dia pergi tu memang banjir.
Gambar last di ofis sebelum kami balik..
 Masa otw balik rumah pun banyak kereta2 dah letak di tepi jalan. Dan Alhamdulillah aku boleh balik rumah dengan baik. Ada jugak air sikit atas jalan dekat jalan Kedai Menanti tapi aku boleh redah lagi Sampai rumah semua okay tapi hujan memang tak berhenti. Lama kelamaan kami punya rumah pun naik air. 
Gambar depan rumah aku.. nak masuk dah weii dalam rumah
Jangan salah faham ye, dekat tempat motor parking tu ada lantai semin yang tinggi punya tapi air still naik sampai semin atas tu. Memang dalam.

Ni jalan dekat simpang Melor, dulu takdelah seteruk ni..
Teruk kan? sampai bos kami pun bagi cuti sehingga tempoh yang diberitahu sebab ofis sendiri pun naik air sampai dalam hq nak dekat lutut Ni video dekat ofis aku..
Punyalah banyak tempat banjir sampai keluarga aku nak beli makanan nasi pun takde kedai buka, nak beli barang2 dapur dan paip2 rumah pun tak boleh sebab jalan Melor memang tak boleh lalu. Last sekali guna jalan tali air belakang rumah kami sampai ke Kok lanas baru boleh beli barang2.Hmm ujian ujian Ni video Jalan Melor..
Ni jalan dekat jambatan Melor
Ni keadaan rumah nenek Sarah

Ni barang2 kedai runcit Ayah Zul (dekat rumah nenek Sarah)

Ni gambar yang pak sedara aku amik gambar
Alhamdulillah, 2-3 hari lepastu rumah aku pulih dari banjir tapi laluan masih tak boleh lalu untuk ke ofis aku. Beberapa hari selepas itu barulah ofis buka balik. Tak silap aku dalam 4 hari aku cuti. Ni keadaan ofis lepas banjir teruk haritu..
Bilik bos..huhu

Karpet semua kena buang. Nampak je ok dalam gambar tapi sebenarnya lembap sangat dah karpet pun
Sampai betis you guysssss
Ruang tengah (Stor)
Habislaa produk2 kami huhu
Alhamdulillah, keadaan makin membaik. Rumah kami tak ada apa2. tak masuk air ke dalam dan hanya perlu cuci bahagian luar sahajaCuma ofis memang karpet kena buang dan cat balik. Almari kena tukar, kompiter kena tukar lain, fail2 habis semua basah dan produk2 kami pun ada yang kena buat sales. BertabahlaUjian ini kecik sahaja in shaa Allah..

Lepas je banjir, kami buat sales dan memang setiap hari tak putus-putus orang order. Orang kata rezeki selapas musibah

Itu je yang aku nak cerita harini. btw, esok atau hari lain nanti aku nak pakai braces tau u guyssss.. can't wait Jumpa lagi nanti tauuu..byeee!!! ehhh lupa nak bagitahu..
SELAMAT TAHUN BARU GUYSSS!!!(maaf lambat ucap hehe)
"Sesungguhnya besarnya pahala itu sesuai dengan besarnya ujian. Dan ketika Allah mencintai seseorang, maka Dia akan mengujinya."

No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ