Wednesday 7 December 2022

First Time Mengundi

🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣
Lepas mengundi terus amik gambar hahahaha First time lah katakan..

Lama kan aku dah tak update blog? Tapi Alhamdulillah, Allah bagi keizinan untuk update blog harini

Sebelum masuk topik post ni, biar aku cerita serba sedikit perihal aku sekarang. Jadi aku sekarang pukul 9.55 am tengah duduk di ofis ni haaa... Sebenarnya ni waktu kerja means kena kerja! Tapi sekarang aku curi-curi masa nak update blog hahahah jahat kan? takpee.. takde kerja lagi masani hehe Sebenarnya nak update dekat rumah. Niat tu dah ada, tapi selalu tak tercapai niat tu adehhh so kita buat kat sini jelaa

Aku sekarang kerja di KZ KHALIFAH HQ sebagai Admin Sales and Marketing. Aku yang control Media Sosial company, buat live dengan layan customer. Hehew banyak nyaa kerja aku! Nak duit
kannn hahahahahha.. Banyak yang aku belajar kat sini! Yang tu nanti aku update dalam post lain lah ye! But I'm ok jer kat sini Alhamdulillah

Jom masuk topik!
Mengundi pun nak update blog ke? hahahaha.. maafkan insan ini ye sebab eksaiteddd sangat mengundi for the first time heheheh.. Orang yang biasa dah mengundi mesti tak faham kan perasaan ni?
5 tahun lepas takleh mengundi sebab bawah umur sobsobs

Tahun ni mengundi parti tu sebab ikut abah jerr hehew sebab bab politik sekarang ni aku taktahu apa2 aiyoo! Sebab aku ada masalah sebenarnya tapi takpelah, tak nak cerita kat sini. Kalau aku boleh cerita nanti aku cerita! Jadi abah ngan abang aku dah bagitahu nanti nak mengundi, pangkah tutttt.. hehe mana boleh bagitahu sinii.. tak secret lah nantiii hehe Sebelum hari mengundi tu, abang abah dah ajar dah cara nak mengundi, tak nak bagi undi rosak dan semuanya! and semua berjalan lancar ye gais alhamdulillah
Masani nak cari saluran 3 dan 4 sebab abang aku saluran 3 aku saluran 4. Masani pegi pagi jadi tak ramai sangat masani. Aku siap record tauu sebab punyalah eksaited hhahahahahhaha jakunnyaaaa..ada lagi tauu gambar2 nanti aku letak dekat bawah. Ore kato nok ko suasanoooo! hino koooo! hahahaha
Nilaa tempat mengundi aku. SMK Pak Badol
Ni suasana di luar sekolah tu! ramai gakk
Masuk dahh di perkarangan sekolah. Pening sikit nak cari saluran kami
Finally jumpa! ni saluran abang aku. Saluran 3.

Ni saluran 4 = saluran aku. takut gak mula2 sebab tak pernah mengundi kan

Masuk kelas tu, kena tunjuk ic. Lepastu celup jari telunjuk. Punyalah dalam aku celup. Family aku semua pendek je celup nya hahahaha tak retii la akuuSebelum nak pangkah tu, fon kena kutip oleh penjaga tu. yang the best thing! Bila abang aku dan aku siap lepastu ak balik, boleh plak aku hilang ic aku! aduhhh.. kena uturn balik kat kelas tu. Nasib baik jumpa! ada akak tu pegang sebab aku tertinggal atas meja mengundi tu! haishh sarah oiii.. nasib baik tak hilang

 Done mengundi! Sekarang, Kerajaan pun dah ada dah gais. kabinet kerajaan pun dah siap dah! Perdana Menteri kita Anwar Ibrahim. Moga beliau dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang kekal makmur dan cemerlang! Aaminn Ya Rabb

Punyalah lambat ink kat jari akuhilang. Masani tak hilang lagi. ish.
Ok gais! setakat ni dulu taw.. nak buat LIVE FACEBOOK ni. Sepatutnya kena buat live tiktok, tapi kelmarin tiktok kena banned sampai petang ni sebab masa live kelmarin aku tersilap tunjuk proses nak transfer duit. Adehh tertekan je sebenanya. ok bai gaiss. mungkin lepas live lepasni aku update pasal hari jadi officemate aku
"Voting is not only our right, it is our power!"

No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ