Sunday, 13 January 2019

My mission in 2019



Baru lepas habis exam sem 4 ni haa  Aku rasa dalam banyak-ii sem, sem ni paling the worst. hahahaha. matilah aku  Dengan carrymark yang rendah plus exam yang tak beberapa boleh jawab~ Masaklah kau! 

Back to the topic! Ni haa list untuk misi aku 2019 : 

1️⃣ Solat awal. Orang kata kalau nak berubah, mulakan dengan betulkan solat 

 2️⃣ Istiqomah untuk solat sunat. (For now : solat taubat, solat hajat, solat dhuha, solat tahajjud). Solat sunat dapat menampung kekurangan solat fardhu. Yelah, nobody boleh khusyuk 💯 waktu solat dan itu juga merupakan salah satu kekurangan masa solat fardhu 

3️⃣ Maintain berat badan sekarang. Gais, kalau korang nampak aku ni macam tengah diet, ketahuilah bahawa aku bukan nak badan aku lagi kurus, tapi nak maintainkan berat aku. Mohon bagi support 

4️⃣ Minum air masak 2 liter atau lebih sehari. Based on my berat, 2 liter is enough. Kebaikannya? Boleh menurunkan berat badan dan memberi kesan positif kepada otak dll

5️⃣ Belajar memasak hahahahahaha.. Lama dah aku tak masak sebab aku selalu balik petang nak dekat maghrib. Mesti dapur rindu aku sekarang 😂 Tadi aku masak ayam paprik lorh. 

Sedap plak tu. hahahahaha angkat bakul sendiri. Maaf ye sebab tak nampak barang hijau. Aku letak kubis je sebab kekurangan stok 😅 Resepi yang dah lama aku tulis. Dulu dah masak paprik tapi pedas sangat-ii. Jadi untuk selamat, tanya dulu umi pasal resepi yang kita nak buat. 

6️⃣ Banyakkan zikir. Aku ni jenis tak suka pasang zikir. Astaghfirullah! hahahahaaha.. Tapi lepas merasakan seolah-olah diri ini leka sangat dengan lagu, so we have to make something about this 

7️⃣ Be MORE rajin! Jadi pengajaran lepas exam final sem 4 degree, study awal-ii! Do more exercises! I can do it!! 

8️⃣ Be positive! Benda ni susah nak buat kalau surrounding kita penuh dengan orang negatif. eee, rasa nak block je depa dari kehidupan. Kalau setakat nak balas negativity dorang dengan mengumpat, jadi batu api, berkata-kata kasar dan kesat, alahh~ macam almond je! senang! Tapi tu lah, Allah tak suka kan? Buat benda jahat pun bukan boleh memberi ketenangan so, kita sabar sudah. Kawan je dengan semua orang. Kita pun bukannya baik sangat kan? 

9️⃣ Banyakkan baca al-quran. ( Baca jugak al-mulk sebelum tidur dan surah al-kahfi pada hari jumaat. Surah al-waqiah lepas subuh pun boleh. in shaa Allah, I'll try) 

🔟 Tulisan kasi cantik even malas. Muahaha. Aku kalau malas, tulisan macam cakar itik. Aiyo. 

1️⃣1️⃣ Banyakkan exercise. Kalau boleh, aku nak buat exercise tiap hari. Baru lah sihat dan kalori boleh dibakar dengan banyak. Bila banyak kalori dah dibakar, boleh lah makan manyak-ii hehehhe. Aku bagi contoh, kalau sehari aku kena makan hanya 20 kalori. Harini aku dah makan sebanyak 15 kalori and aku exercise bakar sebanyak 5 kalori. Maksudnya, lepas senaman, aku boleh makan lagi 10 kalori untuk cukupkan 20 kalori tu. tk paham,pm

Aku rasa setakat tu je kot. Aku berharap sangat dapat capai semua ni. Doakan aku ye. In shaa Allah amiin! Pst : Cuti 18 hari ni aku akan usaha untuk edit blog aku sendiri tau. Stay tuned! 



No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ