Thursday 2 May 2019

Cara Khatam Al-Quran Untuk Perempuan dan Lelaki di Bulan Ramadan

🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣

Hai! Ekceli, aku tengah down sebab result. Result aku turun weh hm. Rasa macam nak berhenti belajar then keje 7e. Gurau-ii. Hahahah..Serious ak frust. Haih. Nak pegi kelas pun rasa macam nak tak nak. Kau pernah rasa macam give up? Bila ingat je result, rasa sakit hati aiyo. Doakan cik Sarah untuk terus bersemangat dan berjaya dunia akhirat eh?

Ramadhan 2019
Tup tup, Isnin minggu depan dah nak ramadhan. Omg! Cepatnya masa berlalu. Ramadhan kalini, why not kita kira-ii untuk khatam al-quran di bulan yang suci. Berganda-ganda pahala. Woah! Aku sebenarnya tak reti nak explain dalam bentuk bertulis, tapi aku cuba lah ye.
  • Bilangan muka surat sebuah al-quran : 604 ms
  • Bilangan juzuk sebuah al-quran : 30 juzuk
  • Bilangan hari Ramadhan : 30 hari
Khatam al-quran untuk yang tidak uzur sepanjang ramadhan (lelaki etc)
Sehari mesti baca berapa juzuk untuk sekali khatam : 30 juzuk ÷ 30 hari = 1 juzuk
Sehari mesti baca berapa juzuk untuk dua kali khatam : 60 juzuk ÷ 30 hari = 2 juzuk
Sehari mesti baca berapa helai untuk sekali khatam : 604 ms ÷ 30 hari = 20 ms
Sehari mesti baca berapa helai untuk dua kali khatam : 1,208 ms ÷ 30 hari = 40 ms
 
Khatam al-quran untuk yang uzur di waktu ramadhan (perempuan etc)
  • Bilangan muka surat sebuah al-quran : 604 ms
  • Bilangan juzuk sebuah al-quran : 30 juzuk
  • Bilangan hari Ramadhan : 30 hari – (berapa hari uzur)

Sehari mesti baca berapa juzuk untuk sekali khatam : 30 juzuk ÷ (30 hari – berapa hari uzur) = juzuk
Sehari mesti baca berapa juzuk untuk dua kali khatam : 60 juzuk ÷ (30 hari - berapa hari uzur)   = juzuk
Sehari mesti baca berapa helai untuk sekali khatam : 604 ms ÷ (30 hari - berapa hari uzur) = ms
Sehari mesti baca berapa helai untuk dua kali khatam : 1,208 ms ÷ (30 hari - berapa hari uzur)  =  ms

CONTOH UZUR 10 HARI
30 hari ramadhan-10 hari uzur = 20 hari boleh baca al-quran
Sehari mesti baca berapa juzuk untuk sekali khatam : 30 juzuk ÷ 20 hari =1.5 juzuk
Sehari mesti baca berapa juzuk untuk dua kali khatam : 60 juzuk ÷ 20 hari  =3 juzuk
Sehari mesti baca berapa helai untuk sekali khatam : 604 ms ÷ 20 hari =30 ms
Sehari mesti baca berapa helai untuk dua kali khatam : 1,208 ms ÷ 20 hari =  61 ms
CONTOH UZUR 15 HARI
30 hari ramadhan-15 hari uzur = 15 hari boleh baca al-quran
Sehari mesti baca berapa juzuk untuk sekali khatam : 30 juzuk ÷ 15 hari = 2 juzuk
Sehari mesti baca berapa juzuk untuk dua kali khatam : 60 juzuk ÷ 15 hari  =4 juzuk
Sehari mesti baca berapa helai untuk sekali khatam : 604 ms ÷ 15 hari = 41 ms
Sehari mesti baca berapa helai untuk dua kali khatam : 1,208 ms ÷ 15 hari =  81 ms
Nota untuk uzur yang tak menentu
Perempuan ni terkadang tak tahu berapa hari datang uzur dalam sebulan sebab kadang-ii period tak menentu so bagi aku, kita lebihkan sedikit “hari uzur.” Contoh kalau biasanya dalam sebulan korang datang period tak tetap bilangan hari tapi tak pernah lebih 8 hari, untuk nak plan kita punya khatam al-quran, better korang  jangka  10 hari datang period dalam ramadhan ni. Jadi 30 hari ramadhan – 10 hari uzur . I mean, kita lebihkan sedikit. Bukan apa, aku takut kalau kau plan kau uzur hanya 8 hari, eh tiba-ii dalam ramadhan, kau uzur 10 hari. Kan dah kucar-kacir kau punya plan nak tamatkan al-quran? Kalut nanti nak khatamkan al-quran. Nak selamat, bagi pendapat aku better awal-ii lagi guna “15 hari uzur.” Selamat sikit. And kalau tiba-ii dalam ramadhan kau uzur kurang 15 hari, so what kan? Khatam al-quran lebih awal. Lagi syiiokk! Hehe.

Baca al-quran juga pada waktu solat sunat untuk ringankan beban (?)
Apa maksud ni?Hahahaa.. pengalaman someone, ada yang pernah nak khatamkan al-quran dua kali dalam ramadhan beserta jangkaan uzur 15 hari. Jadi kena baca dalam 17 helaian untuk setiap solat fardhu. Terus-terang, untuk habiskan “17 helaian” untuk setiap solat fardhu (8.5 helai sebelum dan selepas solat), memang susah nak sempat (bukan tak boleh nak sempat, cuma susah). Kadang-ii waktu asar, kita baru balik study/keje. Nak kena mandi, solat, baca al-quran thennn.. nak rushing pegi bazaar ramadhan/masak-ii, mana nak sempaattt baca.
Jadi kalau korang ada buat solat sunat, korang boleh tukar “planning.” Contoh :
Boleh tambah solat sunat ye. Ni contoh. 

Aku tahu nanti ada yang bgtau, kenapa tak baca masa “waktu free?” Kau bukan perlu strict hanya baca pada “solat fardhu?” Geng, itu lain punya cerita ye. Ini hanya planning  Ok tu je nak gtau. SELAMAT BERPUASA! ^^
 "If any muslim comes out of ramadhan without gaining forgiveness and goodness, he is a real loser."


No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ