Monday 22 July 2019

Exam Sem 6

🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣
Haii~ I’m back!

Jarang boleh update post sebab minggu lepas busy dengan assignment, tutorial, quiz, presentation and all. Dan sekarang pulak, musim exam. Hewhew. Mati laa akuHahahaha..

Bulan lepas memang mood tak ok. Kalut dengan semua benda ni. Aku exam 25-07 sehingga 04-08. Lima sujek semuanya tapi ada satu subjek, Event Management, takde exam. So kat situ dah untung satu benda, tak perlu focus untuk exam dah untuk subjek tu sebab dah selesai buat event.

Kitorang buat Paintball Tournament iaitu idea daripada pengarah kitorang, Kamarul. Jujurla, overall, this event is quite good and nampak Che Au (lecturer subjek tu) macam suka jugak. Paintball ni permainan tengah hot sekarang tapi di Kelantan, sangat jarang diperkatakan. Tempat paintball pun aku rasa dalam 2 tempat je yang ada di negeri Kelantan.or maybe 3 tempat. Memang payah nak jumpa. Entah macam mana Kamarul punya idea bernas dia muncul. And aku jadik Setiausaha untuk program tu. Boleh tahan banyak keje. Tapi disebabkan Cik Sarah yang rajin lagi bijaksana tambah pulak dengan cantik macam bidadari syurga, Alhamdulillah, everything is all fine. Berkat dengan bantuan semua. Pengalaman tu penting ye. Alhamdulillah!
Ni bukan aku dan geng aku yg main eh. Kitorang just handle event ni je.

Dan muehehe.. sempat jugaklah gaduh-ii sikit and aku paham, sebab semua stress nak create event tu. Mana tak nya, kitorang rancang dari event Run for Freedom then tukar kepada 3-4 program sebab masalah tempat, timing etc and barulah dapat buat event paintball ni. Ingat sonang ke nak buat event? Banyak kali jugak tukar kertas kerja sebab tukar-ii program. At first,untuk paintball event ni, memang aku rasa, “haish, mesti takde sambutan punya” tapi rupanya firasat aku salah. Ramai gilos datang! Macam mana laa si Kamarul punya otak pandai fikir semua ni. Aku syak dia rendam otak dia dulu kasi geliga sebelum guna.

And semua members program aku tu memang sporting. Kerjasama padu. Bersyukur gila dapat geng macam ni. Harap hubungan kitorang kekal sampai syurga punyalah.  Aameen ya Rabb. Ok bye geng! Aku nak exam dah lusa wehh. Nak study sat. Cheat day makan for 2 weeks sebab aku tak boleh tak makan kalau exam. Brain tak leh process hahahahahaha gurau. Jadi penat and so on.

Pray for me ya! Muah!


No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ