Wednesday 2 October 2019

Q/A Agama

🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣


Sebelum tu, Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Ismail Petra yang telah mangkat pada 
28 September 2019
Soalan-ii agama ini telah dijawab dengan baik oleh Ustaz Mohd Zamri Abdul Halim yang merupakan Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengimarahan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. TQ Ustaz!^^ btw, aku ringkaskan sahaja ye soalan dan jawapan.
Q1 : Solat hajat lebih afdal buat waktu bila?

  •  Sepertiga akhir malam
    Q2:  Saya berbuka sewaktu dengar azan maghrib tapi rupa-rupanya azan tadi bukan azan di kawasan saya. Bagaimana dengan puasa saya?

  • Puasa batal dan kena qadha.
Q3: Bolehkah gabungkan puasa ganti dengan puasa enam?

  •     Ada khilaf tentang perkara ini. Ada pandangan dibolehkan untuk gabung.

Q4:     Kenapa ada nama nabi Ibrahim dalam tahiyyat akhir solat?

  • Kerana Baginda adalah bapa para nabi (Abul Anbiya’).

Q5:  Bolehkah kita niat bayar zakat melalui NGO seperti aman palestin?

  • Boleh.
     Q6. Bolehkah tukar-ii imam untuk solat jamak (contoh) maghrib dengan Isyak?

  • Boleh.
    Q7: Solat jamak (contoh) maghrib dan isyak. Lepas solat maghrib tu adakah tidak dibenarkan bercakap dan kena terus bangun untuk solat isyak?

  •   Boleh bercakap dengan syarat tidak diselangi dengan tempoh jarak masa yang lama.
       Q8: Saya bekerja di sabah namun tempat tinggal di semenanjung. Adakah bayaran zakat wajib dibayar di Sabah?

  • Bayar di mana sumber pendapatan kita.
Q9: Bolehkah buat tahlil di kubur?

  •      Tahlil itu sendiri perkara yang diperselisihkan. Buat sahaja di mana pun kerana ianya adalah zikir dan doa. Asalkan bukan tempat kotor.
Q10: Daripada Terengganu ke Sabah. Sampai di KLIA2 pada pukul 11 pagi dan flight saya ke Sabah pada pukul 5 petang. Adakah boleh jamak qasar zohor dan asar di KLIA2?

  • Boleh.
Q11: Adakah perlu solat jumaat waktu musafir?

  •             Kalau mulakan perjalanan selepas subuh perlu solat jumaat dan boleh jamak selepas itu. Kalau keluar sebelum subuh boleh tinggalkan solat jumaat buat solat zohor dan boleh jamak juga selepas itu.
      Q12: Bolehkah upload gambar kawan non-muslim yang free hair ke dalam socmed?

  • Tidak boleh mendedahkan aurat mana-ii perempuan.
Q13: Bolehkah perempuad haid ke perkuburan?

  •        Perempuan hukumnya makruh ke perkuburan sama ada haid atau tidak.
  Q14: Adakah puasa ganti tidak digalakkan dilakukan sekali dengan puasa puasa enam?

  • Lebih afdhal dilakukan berasingan.
Q15: Adakah haram untuk kita dengar lagu?

  •     Lagu dengan lirik yang baik beserta menggunakan alat muzik yang tidak diharamkan tidak mengapa.
         Q16: Adakah dibolehkan seorang islam bekerja di tempat jualan babi (contoh) namun dia hanya pembuat air sahaja di kedai itu dan tidak terbabit dengan babi tersebut?

  •         Tidak boleh kerana termasuk tolong-menolong dalam perkara batil.
      Q17: Pahala puasa syawal adalah sama dengan pahala puasa setahun. Bolehkah saya menggantikan semua hutang puasa ayah saya dengan puasa syawal?

  •       Puasa syawal(enam) adalah puasa sunat dan hanya dikira ganti enam hari bukan setahun. Setahun hanya ganjaran puasa seolah-olah berpuasa setahun.
    Q18: Mengikut sunnah nabi, hari apa seelok-iinya untuk kita berbekam?

  •          Dalam hadis, 17,19 dan 21 bulan setiap bulan tahun hijrah. Begitu juga disebutkan hari isnin dan khamis.
       Q19: Suami tersentuh kuku atau rambut si isteri yang berkeadaan berwuduk, adakah batal?

  • Tidak batal. Batal bila bersentuhan kulit.
     Q20: Bagaimana cara memohon maaf kepada orang yang sudah meninggal?

  •    Bertaubat, bersedekah pada pihaknya dan berbuat baik kepada kerabatnya.
   Q21: Apakah hukum dj radio yang bekerja dengan radio yang selalu memberikan hiburan kepada masyarakat?
  • Ada unsur syubhah.
       Q22: Adakah memadai berzikir dalam hati sahaja atau menyebut zikir tersebut?
  •     Semuanya dapat pahala. Kalau dilafaz dapat pahala lebih berbanding di hati sahaja.
        Q23: Boleh ke pakai tudung yang ada tulis huruf hija'yyah(jawi) masuk tandas?
  •    Huruf yang tidak bercantum tidak memberikan makna. Tiada larangan syarak sekiranya dibawa ke tandas.
        Q24: Kenapa surah At-taubah tiada bismillah manakala surah Al-naml ada dua "bismillah?"
  •    Surah taubah ialah tentang peperangan yang bukan sesuatu sifat rahmat dan penyayang Allah.
  •      Basmallah adalah satu ayat dari surah fatihah dan dalam surah naml. Bacaan pada surah lain adalah tanda pemisah antara surah.
         Q25: Cara lain untuk merujuk dengan isteri yang ditalak tiga tanpa isterinya kahwin dengan lelaki lain?
  •   Tiada cara lain melainkan mesti berkahwin lain tanpa dirancang.





No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ