Wednesday 4 December 2019

Exam Sem 7

🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣

Hai

Nak bagitahu yang minggu depan aku dah nak exam. Start 10/12/2019 pada hari selasa iaitu subjek Financial Management. Allahu. Subjek susah woiii . Doakan cik Sarah ye. huhu.. 

Harini merupakan hari ketiga aku rasa macam nak demam. Balik Negeri Sembilan haritu terus rasa sejuk, sakit tekak, kepala pening-ii mungkin sebab cuaca. Masa di Negori haritu cuaca elok je. Tak sejuk tak panas. Tapi masuk je negeri Kelantan, aa sudehh. Hujan lebat ya ampun. Tambah lagi dengan banjiaq. Aku dalam kereta terketaq-ketaq walaupun dah ada selimut. Sumpah demam tak best. Tekak nak telan makanan pun sakit. Bangun pagi rasa berat kepala dan pening-ii so tidur jelah. Padahal dah nak exam dah. Aduh. Sembuhkanlah aku ya Allah supaya dapat fokus exam.

Makan panadol 2-3 butir sehari pastu telan madu ngan air lemon. Betterlaa kit. Alhamdulillah.Btw, kenapa buat exam masa December? Why? nak pegi bercuti pun dok oleh. huhu. 
---
Bulan 12, biasalah tu musim hujan kan? Rumah nenek aku pun naik air tapi nasib baik tak sempat masuk dalam rumah. Maybe sebab nenek aku tutup pintu sebabtu air tak masuk. Btw, depan rumah aku pun ada air gak. Tapi alhamdulillah air dah surut sebab malam tu hujan berhenti. Harini cuaca pun ok je. Hujan-ii manja je.Kalau hujan tak berhenti, takut jugak kalau-ii effect dekat exam aku. Mungkin aku tak boleh fokus study atau tarikh exam ditukar. Mati aku. Harap taklah, aameen.
---
Baru-ii ni kann..nasib baik assignment aku tak kena reject dengan En Kamal. Kalau tak mampuih aku. Kawan aku kena buat semula assignment dia sebab yang dia punya ada sama dengan aku. At last, lecturer aku terima jugak esaimen aku. Tak jadi reject mungkin sebab aura assignment aku ma shaa Allah.. lain sikit hahahahahashshshs bongok.
---
Malasnyaaa nak study.. ahh.. Ya ampunnnnnn! I can do it! Go girl!No more diet sampai habis exam (berita gembira). Mesti naik dua kilo lebih after exam. Ok bye chuolls! Pray for me ya!

"Dear exam, you're just like Monday, Nobody likes you."



No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ