Tuesday 31 December 2019

Last for 2019~

🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣
 
Ola! Nak story-story ni
Kita start dengan 30 November masa family aku berkumpul dengan family Ayah Su dan family cousin aku, Harry, kat Negeri Sembilan. So this is one of the pictures
Story kedua ialah masa exam. Aku start exam masa 10 Disember sehingga 22 Disember. Paper Finance Mgt aku memang terus terang, kalau dapat B aku bersyukur gilos-ii, sumpah!Aku takleh jawab!!!Entah-ii dapat C.Janganlah Dhuhu.. Post sebelum ni aku ada cerita yang haritu aku rasa nak demam kan? haa.. ni yang baru punya.11 Disember sehari sebelum exam Service Marketing, aku sakit perut sangat sangat sampai muntah 5-6 kali. Umi aku check perut aku kata takde angin pun tapi setiap kali aku muntah, aku rasa lega sikit. Angin la tu kan? Nak kata gastrik, tapi aku bukannya tak makan. Kemain banyak aku rembat coklat sampai rasa kenyang nak makan benda berat macam nasi. Takkan sebab tu kot? ntah. esoknya pun aku still muntah. Dah lah nak exam. Sakit woi tak tipu. Jawab Service Marketing dengan sakit perutlah jawabnya. Dah la subjek tu aku baca almost semua bab (14 bab) tapi dalam exam keluar 5 bab je, kau rasa? Dalam dewan exam tu aku rasa nak baling meja tapi nanti takut keluar headline Berita Harian "Seorang pelajar universiti persis gadis Syria mengamuk baling meja dalam dewan peperiksaan." Kang ke lokap aku. hahahaha chill-ii, aku gurau je. Lepastu, sakit aku dah mula hilang. Untuk Islamic Economics and Finance pulak, baca and hafal 7 bab dari 9 bab tapi masuk exam, soalan nak gaduh ngan aku. Blank habis otak aku. Hari exam Islamic tu, demam pulak datang ziarah aku. Allahu, dugaannya. Jawab Management Science dengan demam plak. Moga result aku elok-elok je, aameen ya Rab!
Nak gtau tengah study lah ni? erk.
Tiga, 20 Disember kita ada befday girl,my sistor! Happy Bornday ibu anak satu! Moga apa yang didoakan akan tercapai! Hadiah menyusul yeeeI love you muchosss!

Story keempat, sebab exam aku dah selesai, aku ajak abah umi pegi holiday, sebab kesian dekat dorang. Masa cuti-ii sekolah ni dorang tak boleh jenjalan kat kakak aku atau lain-ii. Sebab aku exam kan? so kesian laa dorang. Lepastu, umi ajak ke Ganu. Satu malam tu abah terus book hotel guna Agoda. Kitorang stay dua hari satu malam (24-25 Disember) walaupun sebenarnya aku still tak sembuh lagi demam haritu. Kitorang ke pantai and opkos Pasar Payang. 25hb (keesokkan tu) kami ke mercu tanda Terengganu. Drawbridge! Cunz! 

Kelima, 26 Disember, dunia digemparkan dengan Gerhana Matahari Anulus dan Separa. Aku ada niat nak keluar rumah nak jenguk. Tapi aku tertidur plak. Umi aku tak terbaca dalam whatsapp pasal ni. Balik haritu dia pelik kenapa langit gelap. Nak hujan kot. Dia balik rumah baru aku cerita pasal gerhana tu. Barulah dia cerita pasal mendung tadi. Aku tak rekod video pun so aku tumpang video dari sepupu aku lah ye. Korang, aku dah tanya ustaz yang fenomena ni bukan antara tanda-ii kiamat. Di zaman Rasul hanya sekali je berlaku. tu je nak bagitahu. Nah videonya :
Enam, incomplete kazens gathering pada 28 Disember. Last minute punya plan. Sib baik jadi jugak. Kazen-ii lain dun worry okay? nanti kita kumpul ramai-ii plak eh. Promise in shaa allah aameen! Kitorang ke Fizow Kitchen. Sumpah sedap makanan dia.Boleh repeat nanti. 
Masa amik gambar, Kak Nik (shawl pink) pelik kenapa dalam semua gambar, Najah (blouse oren-coklat) cun melecunz? dia pakai susuk kot - katanya pastu antara moment yang paling aku tak boleh lupa waktu tu masa tiba-ii Najah rasa kuah shell out(kot) then dia macam dongak ke atas sikit pastu senyap. Seingat aku dia siap tutup mata lagi. Lepastu kitorang macam, dah kenapa ni? Kak nik tambah "weh, susuk dia nak keluar!" ahahhahahahaahhaa gelak besar aku XD lawak ah..btw, maceh belanja
Sepupu sepapat yang lain jangan runsing. Kita berkumpul lagi nanti!! and I is kenot wait!
Last but not least, semestinya a memorable day!! My mom's bufday Yeay! Moga apa yang didoakan akan termakbul in shaa Allah aameenMoga panjang umur ehhh. aameen aameen aamenKelmarin aku dating dengan umi aku dekat KB Mall lepastu aku bagitahu, umi pilihlah nak kasut yang mana. Adik belanja. tuptup.. dia tengok purse then nak beli. Aku macam peliklah. Nak adik belanja purse dan bukan kasut ke macam mana? Umi jawab ; Eh, taklah. Purse ni nak kasi hadiah birthday mek(nenek aku). Aku macam ; Aik? bukan ke birthday mek dah lama lepas? Lagipun ni kan hari jadi umi? kenapa nak kasi hadiah dekat mek plak? pastu umi aku jawab ; Umi kan lahir semalam and sape yang lahirkan umi? Aku macam....ohh.. *terkedu*
Okay tu je cerita dia. Banyak kan? Ni sebab aku penat bercampur malas nak buat post banyak-ii. Better campur semua. Nanti cik Sarah masa depan malas nak baca post-ii  2019 yang banyak-ii tu. Baik campurkan cerita-ii ni semua ke dalam satu post je. Mudah.

2020 GOALS?
To be a BETTER person. Closer to Allah. Focus more on studies. NOT REPEATING the same mistakes that I did in 2019. Nak cakap sekali lagi.. NOT REPEATING the silly mistakes!!Perangai aku masa 2019 macam bodoh je. urgh! It's okay to make mistakes, but it's not okay to keep repeating the same ones

To all people out there :
"Thank you for helping me grow! 2020, I AM READY!"

No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ