Wednesday 1 April 2020

Hari Kuarantin ke-15 (Covid-19)

🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣
 Hai Everything! Sebulan tak update kau ghaso? Masa exam sem 8 haritu awal-ii dah give upAku punyalah struggle email course leader (tukang buat soalan) tanya pasal hints exam BRM sebab tips yang dia bagi dalam uniec tu macam yang sem lepas punya. Then dia jawab format sama. Ok, aku study jugaklah past year sem lepas. Keluar soalan format lain mak aih. Lain! Aku punya stress tahap gaban. Aduh.Untuk exam seterusnya lain citer plak. 12/02/19 aku ada paper Taxation Framework and paper tu paper mengira. Lecturer kitorang tak ada masa sangat kalau nak tanya-ii pasal past year ke apa. sebab..

  5,084 peserta tabligh (dalam Malaysia dan luar Malaysia) yang berkumpul di masjid Sri Petaling (27 Feb hingga 1 Mac) termasuk dua orang lecturers aku. Sorang En Kamal and sorang lagi En Aswari.Oh My! Dahla ada exam lagi dua subjek dengan En Kamal. Nak tanya itu ini pun tak boleh sangat. Memang kena usaha sendiri. Start pada tu aku dah mula nak give up. Tapi last-ii aku bgtau diri aku, sebelum nak give up tu biya jela aku usaha sikit sebab aku ada pengalaman paper law zaman dulu. Memang nak putus asa tapi my mom bgtau baca jelah. At least ada jugak usaha. Mana tahu masuk sikit-ii. Then marks paper tu bleh tahan cun jugaklah. Jadi untuk Taxation tu aku sanggup pegi rumah akak Farahanis (hamboi, ber"akak-ii" eh?) dekat Pasir Puteh tu. Study jelah apa yang patut. Masa exam, hhahhaa ada gak yang soalan berbelit-ii macam ular. Halah-ii, buat soalan memang tak nak bagi orang jawab eh?Untuk Financial Market and Institutions, alhamdulillah, ok! 

Dah lah. habis dah pasal cerita exam.

Harini hari ke-15 kena kuarantin duduk umah. Gambar atas sekali tu lah gambar virus Covid tu. COrona VIrus Disease yang dijumpai pada tahun 2019. Masa virus ni femes masuk Malaysia, Haiqal, anak sedara aku demam. Demam, cirit birit and selsema. Memang runsing tapi jumpa doktor, dia bgtau tu demam biasa. Tapi ibu dia geram sebab doktor tu just check cenggitu je. Macam tak serious. Suhu pun tak amik. Lepastu, aku ngan umi pun demam jugak. Aku sakit tekak, sejuk etc. Abah aku selsema. Memang masing-ii risaulah. Tapi dun worry, lama lepastu hilang. Alhamdulillah bukan. Lepas ramai yang infected, goverment baru Malaysia (pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin) umum kena kuarantin dekat rumah masing-ii selama dari 18 Mac hingga 31 Mac. Tapi sebab kes makin serious so dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Semua kedai tutup kecuali kedai-ii barangan asas. Kedai makan apa semua tak boleh jadi tempat lepak sudah. Maksud aku, tak boleh makan dekat sana. Hanya drive thru and bawak balik je boleh. Cuti sekolah dipanjangkan and syarikat-ii yang berkenaan kena tutup means kakak aku tak keje but gaji selama 2 bulan still dibayar. In shaa Allah.

Harap nampaklah layang-ii tu haahahaha
Abang ipar aku kena kosongkan hostel dia asap so dia pun balik rumah kami. Alhamdulillah selamat. Hostel dia dah jadi bilik untuk nurse-ii tinggal. Duduklah satu family kat sini. Abah aku hari ke-2 dah bosan. Macam mana nak bertabah untuk hari seterusnya? hahahhaa.. Lama lepastu abang aku pulak balik dari Semenyih. Masatu kawalan pergerakan (Restricted Movement Order) dah ketat. Kalau nak ke negeri-ii lain memang WAJIB kena tahan polis. Entah macam mana abang aku lepas semua. Alhamdulillah again. Abang aku kena balik sebab penyewa rumah dorang macam tak kisah sangat. Dahla tak baiki peti. Sekarangkan musim kuarantin. Makanan-ii dorang macam mana? Nak makan megi hari-ii? Sebelum diumum lockdown lebih baik dia balik cepat-ii. Jadi completelah family kitorang. Tapi ada satu hari, abang ipar aku terpaksa ke rumah mak dia sebab mak dia tiba-ii sakit jantung. Nasib baik boleh ke sana.
Nasib baik ada budak kecik ni. Baru tak sunyi umah.
Bosan do tak boleh pegi mana-ii. Nasib baik astro bagi free movies. Memang nak pegi mana-ii tak oleh. Kalau nak beli keperluan atau bayar apa-ii pun, ketua family SAHAJA dibenarkan keluar. Sekarang ni bukan polis je yang jaga, tentera pun dah keluar. Nampak tak besar kes ni? Tapi masa ni lah boleh rapat dengan family. Petang-ii main badminton. Best gak. Tapi yang tak bestnya bila main je asek menang. Aduh payahlah. Bila nak kalah ni? hahahahahahaha dengar boleh, percaya jangan XD

Ye, kita as students nak cuti panjang. Tapi bukan cuti macam ni. Aku cuti lama gila weh. Kawan-ii ipta aku pun. Lambat habis semlah gamaknya. hm. Sama-ii kita doakan agar virus ni terhapus ye. Pakar kata virus ni akan hilang selepas 14 hari. So semua kena elak dari beri jangkitan kepada orang lain. Dengar kata goverment Italy pun dah give up dah sebab ramai sangat yang infected. Aku takut kalau bulan puasa ni takde bazaar ramadhan, takde solat terawih. Raya pun tak boleh balik gathering. Parah. In shaa Allah tak. Aameen Ya Rabb. Harini kat Malaysia dah ada 2,766 kes. Kalau global ada 860,964 kes. Kes kematian 42,364. Gerun aku. Tapi yang pelik bin ajaibnya, semua pesakit di China dah sembuh butt.. dekat Wuhan bukak balik pasar eksotik dia tuuuu. Dia tak sedar lagi ke sebab pasar tu semua ni jadik? Dia tak fikir ke? Kalau dorang je kena aku tak kesah. Ergh! Dasar anak kurang kalsium!! Molek aku sekeh sore-ii biya kenal gedio erti sakit. Napok hepi bena bilo recover belako. Aku post corona ko denuh baru pehei. Payoh kecek nge ore gitu. Bau kelawar tu pun busuk banga. Ganolah sepmu buleh makei? Isi pun takdok! Macei takdok bendo lain mu nk makei. Kelawar tu buleh wi banyok nyakit adik kakok sekalian! Roti gardenia takdok stok ko kat sano sapa keno makei mugo tu? Lamo kei keno tapa, jerik sajo. hish. 
Ok geng. Nak tutup dahni. Nasib lecturer aku baru kasi notes untuk sem depan. Bolehlah baca-ii sikit. Harap rajinlah. hahahahah. Eh btw, result aku akan keluar 7/4 ni (baru tahu tadi) Anddd kelas online akan bermula pada 27/4 di rumah masing-ii dengan main campus kalau PKP (Peraturan Kawalan Pergerakan) diteruskan. Entah la nak. hm. Ok lah. Bye! 

"Let's care for one another during the Coronavirus pandemic." #stayathome #kitajagakita

No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ