Wednesday 27 May 2020

Entoh

🐣 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 🐣
Post ni ditulis pada November 22, 2019 tapi baru dipublish harini. 
Tajuk pun dah ntah pape 😂 banyak nak bagitahu tapi tak tahu nak start dari mana.

Harini nak luah perasaan boleh tak? Hm

Secara jujurnya, aku tahu yang dulu aku ni jenis bajet bagus.(straight to the point terus eh? Hahahaha). Tapi aku harap benda tu stop sampai situla sebab aku dah insaf. (Diri tu dhlaa tak cantik mana, perasan bagus plak tu😝AHAHHAHAHHAHA).

Allah dah hukum aku dan I've learnt from my mistake. I've received the lesson. Dan siapa kau nak hukum aku untuk kali kedua?

Fyi, dulu almost everyday aku kutuk diri aku sendiri and it becomes a normal thing.

Benda tu tak elok. Jangan tiru.

Zaman sekolah dulu, aku berangan untuk tak nak cari lelaki yang sama sekolah ngan aku. Sebab dia akan nampak banyak sisi gelap aku. Lagipun tu masih di alam persekolahan kan? So biasalah kalau kau tunjuk banyak keburukan kat situ. Sebab time tu lah kau baru nak belajar. Baru nak dapat pengalaman. Baru nak jadi "manusia." Kecualilah kalau kau ni jenis malaikat. Lahir je terus purfectt.

Aku pun rasa bersyukur jugak dapat kawan yang tegur salah aku. Tak kira dengan cara baik atau tak. Benda tu lah yang banyak ubah aku walaupun sakit. Sakit tak sakit, kalau nak jadi manusia, kena telanlah pahit tu. Sahabat, kau nampak tak banyak pahala kau kat situ? Pahala dapat ubah aku dari zaman jahiliah aku?

Kalau tidak kerana musibah, mungkin kita tak akan pernah muhasabah.

Aku jumpa orang⎼aku belajar. Yang baik aku tiru (in shaa Allah).

Benda yang aku paling rasa sakit adalah untuk menjadi sempurna di hadapan manusia. Tidak kira siapa dia. Walaupun aku sebenarnya tahu yang aku tak mampu. Susah beb nak gembirakan hati semua. Nak jauhkan kelemahan aku sendiri waktu bertingkah dengan manusia. Haish, susah :)

This is life, not heaven. You don't have to be perfect.

Entah pape kan post ni? hahahaha.. nak luah perasaan je sebenarnya. Nak nasihat diri sendiri. Takut masa depan nanti jadi alpa.

Bila fikir balik. Bagus jugak aku jadi macam ni. Barulah busy nak nilai diri sendiri. Nak ubah buruk sendiri. Biar berhenti dari judge orang lain. ye dok? in shaa Allah.

----
Sumpah aku pernah rasa nak hide atau tutup blog ni. Bila baca balik rasa dah riak tahap firaun (nauzubillahiminzalik). Biarlah Allah je yang tahu niat aku. Tapi aku sayang memori ni. Nanti-ii kalau dah tua bangka. Bolehlaa baca balik. hehe.

Kurangkan berfikir apa yang orang kata. Banyakkan berfikir apa yang Allah mahu dari kita.

Ok lah last. Nasihat untuk aku dan korang. Kalau kau nak orang jadi sempurna depan mata kau. Kau pandang diri kau sendiri. Kau sempurna ke di mata dia? Kau nampak dia and kau benci dia. Kau tanya diri kau sendiri, orang lain semua suka ke kat kau? depa tak tau macam mana lemahnya kita untuk bangkit dari zaman dulu. kan?

Saying to myself-saying to myself-saying to myself
"Kalau kita asyik fikirkan kesalahan kita yang dulu, sampai bila kita nak berjaya melangkah ke hadapan. Kesalahan dulu, muhasabah perbaiki bukan simpan dalam kotak fikiran hingga menyeksa diri."
Literally me right now 👆🏻 

No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved by ❣ Niksarahsuhaimi (Best view in laptop or computer)
Welcome to my blog..if you like my blog,please follow me ツ